Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bayi enam bulan meninggal di pusat asuhan
Diterbitkan:  Jun 14, 2012 8:59 AM
Dikemaskini: 1:28 AM

Ali Imran Mohd Noordin, wartawan Meja Rencana Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), hari ini membuat laporan polis di Hospital Serdang berikutan kematian anak lelakinya yang berusia enam bulan di sebuah pusat asuhan di Jenderam Hulu, Bandar Baru Salak Tinggi.

    

Ali Imran, 30, berkata anaknya, Aryaan Hafizh, disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang semalam di Hospital Serdang.

Beliau berkata sebelum itu, pekerja pusat asuhan berkenaan membawa anaknya ke klinik berdekatan setelah mendapati bayi tersebut lemah.

"Saya diberitahu mengenai perkara itu ketika di pejabat. Selepas tiba di klinik, saya bergegas membawa anak saya ke Hospital Serdang tetapi Aryaan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

"Setakat ini, punca kematian belum dikenal pasti, dan bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Ali Imran berkata beliau dan isteri, Norlaili Lott, 33, berharap polis dapat menjalankan siasatan berhubung kematian anaknya itu.

- Bernama

ADS