Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Syariah akan dinaik taraf ke lima peringkat
Diterbitkan:  Jun 26, 2012 9:26 PM
Dikemaskini: 1:29 PM

Kerajaan sedang dalam perancangan untuk menaik taraf Mahkamah Syariah daripada tiga peringkat sekarang kepada lima peringkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    

Beliau berkata proses itu membabitkan pertambahan dua lagi peringkat iaitu Pertengahan dan Majlis Rayuan Syariah.

"Ketika ini terdapat tiga peringkat iaitu Mahkamah Syariah Rendah, Tinggi dan Rayuan. Jadi kami mahu naik tarafnya supaya sama dengan Mahkahmah Sivil," katanya dalam sidang akhbar edia selepas merasmikan Retreat Pegawai Masjid Seluruh Wilayah Persekutuan Imam Muda Qaryah (IMQ) di Kalumpang di Hulu Selangor.  

    

Jamil berkata bagi tujuan itu, beberapa siri pertemuan sedang dijalankan dengan semua Raja-Raja dan Majlis Agama Negeri di seluruh negara bagi mendapat perkenan dan persetujuan.

"Hanya tinggal dua negeri lagi, dan selepas selesai dan mendapat persetujuan dari semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak, perkara ini akan di bawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja," katanya.

Sementara itu, Jamil berkata semua pendakwah dan penceramah perlu bertanggungjawab terhadap cara penyampaian mereka bagi memastikan niat untuk menyampaikan dakwah tidak tersasar.

Beliau berkata tidak dinafikan ada sesetengah penceramah yang mempunyai pengikut terutama daripada kalangan orang muda yang menerima cara penyampaian mereka.

    

Jamil berkata demikian ketika ditanya cara penyampaian sesetengah penceramah yang gemar menggunakan kata kasar seperti bodoh dan seolah-olah menjatuhkan individu serta pihak tertentu ketika berceramah.

    

"Kita kena sentiasa ingat dan contohi Rasulullah yang menggunakan bahasa dan adab ketika berceramah.

    

"Malah kita juga harap pengikut yang ramai tertarik pada dakwah bukan sebaliknya," katanya.

- Bernama

ADS