Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shuhaimi tetap tertegas tindakan terhadap Faekah
Diterbitkan:  Jul 3, 2012 3:15 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Kemelut dalam PKR Selangor masih jauh dari selesai, dengan ketua penerangan parti itu, Shuhaimi Shafie mengulangi gesaannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan terhadap setiausaha politiknya Faekah Husin kerana mengeluarkan surat sokongan.

NONE ADUN Sri Muda itu memberitahu New Straits Times bahawa tindakan

itu perlu kerana sebelum ini tindakan pantas diambil dalam kes-kes di mana ahli keluarga pegawai kerajaan negeri terlibat dalam transaksi berkaitan kerajaan negeri.

Faekah telah mengaku menghantar beberapa surat bagi firma undang-undang yang memohon dilantik sebagai firma guaman untuk Permodalan Negeri Selangor Bhd, termasuk firma guaman yang dikendalikan oleh anak saudaranya.

Bagaimanapun, Faekah telah menafikan ia surat sokongan dan Khalid juga telah mempertahankannya, dengan mengatakan surat itu adalah perkara biasa dan tidak melanggar etika.

Bagaimanapun, NST melaporkan Shuhaimi memetik kes-kes terdahulu yang membabitkan dua ahli Majlis Perbandaran Klang yang telah dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan, iaitu Tee Boon Hock dan Hamidah Mat Som, pada tahun 2010.

Shuhaimi berkata Khalid cepat bertindak terhadap kes-kes lain di mana ahli keluarga pegawai kerajaan negeri yang terlibat dalam projek kerajaan negeri, tetapi tidak begitu apabila ia melibatkan seseorang dari pejabatnya yang telah menyinggung ramai orang, termasuk beberapa dalam PKR.

[Baca berita penuh]

ADS