Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akhirnya bersuara berhubung dakwaan isterinya Betty Chew menyerang bekas kakitangannya.

Sambil menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan bekas kakitangan serta menafikan Betty menyerangnya, Lim berkata, dakwaan itu hasil daripada pembunuhan watak oleh BN dan MCA.

NONE "Biar saya dan isteri buktikan di mahkamah bahawa MCA menipu, bahawa Lim Guan Eng bukan (Presiden MCA) Dr Chua Soi Lek," kata Lim, merujuk kepada hubungan sulit Chua pada Disember 2008.

Merujuk kepada dakwaan Anggota Dewan Undangan (ADUN) Negeri Duyong Gan Tian Loo dalam dewan pada Isnin, Lim berkata ia menyalahguna kekebalan dewan.

Beliau mendakwa Gan, ketua MCA Melayu, untuk mengulangi dakwaan itu di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri boleh mengambil tindakan undang-undang kerana memfitnah.

"Gan menyalahguna keistimewaan dan kekebalan dengan membuat dakwaan palsu berhubung skandal moral peribadi terhadap saya dan isteri," kata Lim, membaca kenyataan akhbar di Pulau Pinang hari ini.

[Berita penuh menyusul]

ADS