Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penganjur debat antara presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata program tersebut akan tetap diteruskan pada malam ini walau tanpa kehadiran wakil PAS tersebut.

Timbalan pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin (GMP) Meru Mohd Norman Toha berkata Hasan akan menjawab soalan yang timbul pada malam tersebut sekiranya Abdul Rani tidak hadir.

azlan "Ada pihak yang mengatakan debat ini akan dibatalkan. Berita ini tidak benar. Kami penganjur akan tetap meneruskan.

"Andai kata Dr Rani tidak hadir, maka yang akan menjawab persoalan yang diajukan rakyat ialah Datuk Hasan. Beliau setuju untuk hadir malam ini," kata bekas setiausaha badan perhubungan PAS Selangor itu.

Norman yang mengakui masih menganggotai PAS berkata beliau amat berharap Abdul Rani dan Hasan dapat duduk bersama dan bersalaman selepas debat ini berakhir.

"Saya amat berharap agar Dr Rani akan hadir dan selesaikan kemelut yang berlaku.

"Saya nak mereka menjalankan politik sihat. Harapan saya ialah, saya ingin melihat Datuk Hasan dan Dr Rani bersalaman di atas pentas. Imej itu yang ingin saya tunjukan pada masyarakat Meru," katanya lagi.

Abdul Rani pada Isnin lalu dilaporkan berkata beliau tidak akan hadir pada program debat itu kerana jadual program penuh sehingga September.

Hasan ketika dihubungi Isnin lalu mengatakan kesediaan untuk berdebat dan bersetuju untuk hadir pada malam ini.

ADS