Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta supaya semua pihak tidak membuat spekulasi perhubung pembebasan tahanan bawah Ordinan Darurat dengan peningkatan kadar jenayah di seluruh negara.

Bercakap dalam sidang media di Cheras hari ini, Ismail berkata kadar jenayah masih dalam kawalan dan polis sedang memantau keadaan.

Katanya, tahanan Ordinan Darurat masih berada bawah pemerhatian polis dan pasukan itu sedang mengambil langkah untuk memastikan individu terbabit tidak terjebak dalam aktiviti jenayah.

Tambahnya, polis mengetahui tempat tinggal bekas tahanan berkenaan dan juga sekiranya individu berkenaan sudah mendapat pekerjaan.

"Sekiranya mereka tidak bekerja kita hantar nama mereka kepada jabatan tenaga kerja untuk mendapatkan kerja," katanya.

Katanya lagi, orang ramai juga boleh membantu dengan memberikan pekerjaan sekiranya bekas tahanan tersebut memohon kepada mereka.

Ismail berkata, ketua polis di setiap daerah akan ditugaskan untuk memantau kesemua bekas tahanan Ordinan Darurat.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang mengkaji sama ada pemansuhan Ordinan Darurat menjadi faktor terhadap peningkatan kadar jenayah.

[Baca berita penuh]

ADS