Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Noh mengakui ada pegangan dalam ternakan udang'
Diterbitkan:  Jul 14, 2012 3:04 PM
Dikemaskini: 7:10 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dilaporkan mengakui mempunyai pegangan dalam satu perniagaan penternakan udang di Tanjong Karang, sambil menegaskan tidak ada salahnya berbuat demikian.

Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, beliau mendakwa ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak dimilikinya, beliau belum lagi dilantik sebagai menteri pertanian.

NONE "Tambahan pula, tanah itu bukan milik saya sendiri. Ya, saya menjalankan perniagaan penternakan udang bersama dengan ahli perniagaan lain, ini pun tidak boleh ke?" katanya ketika menjawab soalan wartawan selepas melancarkan satu program Bank Pertanian semalam.

"Saya mesti menegaskan bahawa perniagaan ini dikongsi dengan orang lain. Ia adalah sesuatu yang saya lakukan sebelum menjadi menteri. Saya membuat perniagaan itu bukan kerana Kementerian Pertanian, jadi apa yang salahnya?"

Mengenai sama ada perniagaan penternakan udang itu akan menimbulkan isu konflik kepentingan kerana kedudukan portfolio beliau, Noh menyangkal dengan berkata: "Jadi, seorang menteri perumahan tidak boleh beli rumah Apakah itu juga konflik kepentingan?"

Sebab beliau menjalankan perniagaan penternakan udang ialah keinginan untuk merasai kehidupan seorang petani dan beliau sendiri berminat dalam pertanian.

Sementara itu, pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa ia berniaga dengan Noh dalam projek usahasama ternakan udang itu.

Bercanggah dengan Noh, Chu sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa menteri berkenaan hanyalah pemilik sebahagian projek penternakan udang itu seluas 100 ekar di Tanjung Karang, dan syarikatnya adalah penyewa.

[Baca berita penuh]

ADS