Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak perlu baharui permit penerbitan, lesen cetak selepas 15 Julai
Diterbitkan:  Jul 18, 2012 8:18 PM
Dikemaskini: 12:32 PM

Berkuatkuasa 15 Julai lalu, semua pemegang Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan sedia ada tidak perlu memperbaharuinya secara tahunan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata lesen dan permit sedia ada yang tamat tempoh selepas tarikh itu  akan kekal sah sehingga dibatalkan oleh kerajaan.

    

Bagaimanapun bagi lesen dan permit yang tamat tempoh sebelum 15 Julai, ia perlu diperbaharui, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    

Permohonan baru bagi kedua-dua kategori pula adalah kekal.

    

Beliau berkata pemegang Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan hendaklah memaklumkan kepada kementerian itu jika mereka berhasrat melakukan pertukaran maklumat dalam Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan masing-masing.

Langkah pemansuhan pembaharuan tahunan Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan adalah selaras dengan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012, katanya.

- Bernama

ADS