Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawatankuasa khas kabinet yang dibentuk untuk mengkaji isu air di Selangor memutuskan bahawa terdapat perkara pokok dan prosedur yang masih belum dipenuhi untuk membenarkan Selangor mengambil alih SYABAS, katanya.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan akhir akan hanya dibuat selepas peguam negara meneliti perkara itu.

Peguam negara telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu pada petang ini, kata Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat selama tiga jam di Putrajaya hari ini.

Antara yang masih berbangkit dalam isu pengambilalihan SYABAS itu ialah kegagalan kerajaan negeri untuk membayar gantirugi kepada pemegang konsesi berkenaan apabila tidak bersetuju menaikkan tarif air berjadual.

Kataya, perkara itu masih tertangguh di mahkamah kerana SYABAS mengemukakan saman ke atas kerajaan Selangor.

Selangor pada 2009 enggan membenarkan tarif air dinaikkan sekiranya SYABAS tidak mengurangkan air tak terhasil (NRW) yang pada waktu ini melibatkan satu pertiga daripada bekalannya.

Ditanya mengapakah Selangor tidak dijemput hadir ke perbincangan hari ini, Muhyiddin berkata mesyuarat hari ini adalah pertemuan peringkat persekutuan.

Katanya beberapa perkara akan melibatkan Selangor tetapi perbincangan hari ini adalah dalam ruang lintup kuasa persekutuan.

[Baca berita penuh]

ADS