Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pendengaran semakan kehakiman berhubung rampasan buku terjemahan dalam bahasa Melayu - Allah, Kebebasan dan Cinta - tulisan pengarang Kanada, Irshad Manji, ditangguhkan kepada 31 Julai ekoran bantahan oleh kerajaan.

azlan Ini untuk memberi masa kepada peguam bagi plaintif - ZI  Publications Sdn Bhd dan pengarahnya, Mohd Ezra Mohd Zaid - untuk menjawab, kata Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, para responden - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ketua pengarah, ketua pegawai penguatkuasaannya, ketua pendakwa, kerajaan Selangor dan kerajaan Malaysia  - mengemukakan bantahan berikut dalam kamar pagi ini:

- Bahawa perkara itu ada kaitan dengan fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah,

- dan bahawa hanya Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa untuk menyemak enakmen negeri.

"Ini bermakna ini adalah di bawah bidang undang-undang jenayah ... dan mahkamah sivil tidak boleh menyemak proses siasatan pihak berkuasa," kata Noor Hisham.

Plaintif diwakili oleh Nizam Bashir dan K Shanmuga.

[Baca berita penuh]

ADS