Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menjelaskan dakwaan yang mengatakan beberapa pegawai di bawah kementerian itu yang telah ditukarkan tempat kerja kerana dikatakan gagal mencapai sasaran kehadiran pada sambutan Hari Koperasi Negara.

NONE Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kiri) mendakwa, empat pengarah jabatan koperasi negeri telah ditukar tempat kerja berikutan kegagalan tersebut.

Mahfuz mendakwa, pegarah terbabit telah diberi surat pertukaran tempat kerja dua hari selepas hari perhimpunan itu diadakan pada 14 Julai lalu.

Beliau mendakwa tindakan itu diambil selepas Hari Himpunan Koperasi Malaysia gagal untuk himpunkan sejumlah 100,000 orang.

"Sasaran itu tidak kesampaian sehingga keadaan majlis itu sangat mengecewakan perdana menteri. Nampak sesuatu perkara yang tidak kena dengan penganjuran majlis tersebut," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Bagaimanapun, tegas Mahfuz, isunya ialah kenapa harus disalahkan kepada pegawai-pegawai berkenaan selepas kegagalan program himpunan tersebut.

"Apabila gagal perhimpunan, pegawai perkhidmatan awam yang menjadi mangsa. Saya mohon penjelasan mengenai perkara ini," kata Mahfuz lagi.

ADS