Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azalina: Aktivis Taiwan mahu cetus kebencian
Diterbitkan:  Jul 29, 2012 1:38 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

MP Pengerang Datuk Seri Azalina Othman berkata kunjungan sekumpulan aktivis Taiwan ke kawasannya untuk menyokong bantahan penduduk setempat ke atas sebuah kompleks petrokimia bertujuan untuk mencetus kebencian di kalangan masyarakat.

Katanya, beliau percaya bahawa aktivis berkenaan ditaja pihak tertentu dan ceramah yang disampaikan kumpulan itu juga tidak menjelaskan projek berkenaan tetapi bersifat menghasut.

"Mereka cakap projek Rapid akan memberi kesan kepada kesihatan dan memendekkan umur penduduk Pengerang.

"Siapa mereka sehingga boleh menentukan ajal seseorang?," katanya seperti dipetik Berita Harian dalam satu laporan hari ini.

Projek berkenaan, yang masih di peringkat awal dirancang untuk dibina di Dacheng Wetlands di Wilayah Changhua, Taiwan – habitat kepada spesies ikan lumba-lumba merah jambu yang terancam di negara itu.

Projek berkenaan ditolak Presiden Taiwan Ma Ying-Jeous pada April lalu, selepas penduduk tempata dan pasukan penilai alam sekitar menyatakan kebimbangan bahawa kompleks tersebut akan menggunakan terlalu banyak air dan menghasilkan pencemaran yang tinggi di kawasan sensitif itu.

Pada 14 Julai, kerajaan Johor dengan senyap-senyap dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan CPC Corp Taiwan untuk membina kompleks petrokimia di Johor, walaupun dibantah oleh masyarakat setempat.

Aktivis Taiwan yang berkongsi pengalaman kempen mereka kepada penduduk Pengerang pada Khamis lalu ditahan polis untuk siasatan.

ADS