Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah Strategi PKR Mohd  Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

Rafizi didakwa menzahirkan baki akaun peribadi NFC, National Meet and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Mohd Salleh kepada perunding media Yusuf Abdullah dan Erle Martin Carvalhoe.

NONE Beliau didakwa bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Jika sabit kesalahan Rafizi ( gambar kiri, di tengah-tengah ) boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM3 juta.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan kes pada 10 September.

Sementara itu, bekas kerani Public Bank Johari Osman turut didakwa bersama Rafizi bawah Seksyen 112(1)(c) Bafia.

Selepas pengumuman George Kent dapat projek

Ditemui ketika tiba di mahkamah, Rafizi membangkitkan masa pendakwaan itu dibuat kerana siasatan itu telah lama dibuat.

Beliau mengaitkannya dengan pendedahan terbarunya berhubung isu sambungan LRT Ampang yang diumumkan diperoleh konsortium diketuai George Kent (Malaysia) Bhd.

azlan "Kebetulan kontrak sambungan LRT Ampang kepada George Kent diumumkan semalam dan saya diangkut pagi ini?" soalnya.

Beliau pagi ini ditangkap polis atas alasan sama.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi disiasat bawah Bafia kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

VIDEO l 2.23 min

[Baca berita penuh]

ADS