Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO desak JAIS bertindak pada politik di masjid

Sekumpulan aktivis NGO hari ini berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu.

Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali.

NONE "Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.

Kumpulan 40 orang itu menegaskan, hanya pihak yang mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor boleh memberikan ucapan di tempat ibadat itu.

Aktivis terlibat daripada Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) serta NGO pro-Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (Jati) Selangor.

[Baca berita penuh]

ADS