Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rais: Pembangkang cari publisiti murahan
Diterbitkan:  Aug 3, 2012 1:30 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menafikan dakwaan lagu kemerdekaan bertemakan "Janji Ditepati" tahun ini menciplak lagu gereja daripada Indonesia.

rais yatim wisma berita rtm 060612 "Kami menyangkal dakwaan penulis blog dan akan melibat tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya dia gagal mempertahankan dakwaannya," Rais dipetik sebagai berkata kepada New Straits Times hari ini.

Menurut harian itu, penulis blog yang beroperasi daripada Indonesia pada Isnin mendakwa penggubah lagu itu menciplak lagu pancaragam gereja True Worshippers berjudul "Serukan Namanya".

Rais yang juga penulis lirik "Janji Ditepati" menyalahkan pembangkang yang didakwa mengambil kesempatan atas tuduhan itu.

"Mereka tampil untuk mendapatkan publisiti murah dan gelojoh melalui dakwaan itu," katanya lagi.

Penggubah lagu "Janji Ditepati" Jasnie Mohd Yaakub juga semalam dilaporkan menafikan dakwaan sama.

ADS