Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan kerajaan untuk menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' pada sambutan hari kemerdekaan tahun ini sesuai, dan perlu dilihat dari segi jangka masa pentadbiran yang lalu serta

mencapai matlamatnya.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata jika dilihat pada masa ini, tiada masalah besar yang boleh menimbulkan cakap-cakap berikutan keputusan yang dibuat kerajaan.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, berkata selepas satu tempoh pentadbiran, pelbagai janji telahpun dibuat dan banyak yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tetap terima tema yang dipilih biarpun nampak ganjil sikit," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon, Pusat Budi Penyayang di Kepala Batas hari ini.

Seramai 350 penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, Orang Kurang Upaya dan warga emas dari Parlimen Kepala Batas menerima hamper serta wang tunai.

Semalam akhbar melaporkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak akan berganjak dengan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal.

- Bernama

ADS