Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah memuji keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula pengagihan bayaran hasil petroleum kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan.

"Saya rasa ia satu idea yang baik. Permintaan untuk sebahagian daripada hasil minyak merupakan tuntutan sah daripada rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita hari ini.

saifuddin abdullah taylors 050812 Saifuddin berkata panel berkenaan perlu melihat terlebih dahulu persoalan sama ada bayaran dibuat dalam bentuk royalti atau wang ehsan.

Menteri itu menyatakan bahawa timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telahpun membuat ketetapan di dalam Dewan bahawa wang yang dibayar itu merupakan wang ehsan manakala kerajaan Kelantan tetap menuntut bayaran royalti.

Katanya, perbezaan yang wujud kini adalah istilah berhubung bayaran tersebut.

Sekiranya bayaran itu bukan bayaran royalti tetapi tetap dituntut sedemikian, ia akan membangkitkan emosi rakyat, katanya.

“Akhirnya, isu sebenar tidak dapat dibincangkan dengan sebaiknya kerana kita terlalu sibuk berbahas mengenai istilah," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS