Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saksi kemuncak juraian tahi bintang Perseid 13 Ogos

Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan kemuncak juraian hujan tahi bintang Perseid bermula Isnin ini.

    

Menurut kenyatan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) sebanyak 60 juraian tahi bintang akan dapat dilihat pada masa kemuncaknya iaitu bermula dari awal pagi Isnin hinga keesokan harinya.

    

Menurut kenyataan itu titik tahi bintang Perseid ini adalah daripada buruj Perseus yang berada di langit Malaysia sejak Julai lepas hingga Mac tahun hadapan.

    

Bagaimanapun, hujan meteor ini hanya boleh dilihat di kawasan-kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam tersebut.

    

Menurut kenyataan itu lagi bagi menyaksikan sendiri hujan meteor ini, hendaklah pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam.

    

Untuk maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303/4301.

- Bernama

ADS