Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

NGO pro-Melayu PERKASA menuntut ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sekiranya beliau merupakan individu yang disenaraikan sebagai pemegang jawatan dalam Freemason.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa, satu kiriman faks kepadanya minggu lalu menyatakan bahawa seorang lelaki yang namanya sama dengan Anwar merupakan anggota kumpulan Freemason.

Ibrahim berkata beliau tidak menuduh Anwar tetapi hanya meminta penjelasan.

"Jika ini ialah Anwar Ibrahim lain, Alhamdulilllah," katanya yang berkata, Freemason merupakan pertubuhan yang dikaitkan dengan Zionis.

Malaysiakini telah menghubungi Anwar untuk mendapatkan komen dan masih menunggu maklum balas beliau.

Seorang pembantu Anwar, Najwan Halimi berkata perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh penulis blog Umno pada 2008 tetapi ia merupakan kes kesilapan identiti.

"Anwar Ibrahim yang disenaraikan itu merupakan seorang lelaki Arab berperut buncit," kata pembantu tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS