Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pemimpin Melayu DAP mesti buat pendirian tentang hudud'

Sebuah NGO Pulau Pinang mencabar pemimpin Melayu dalam DAP supaya membuat pendirian yang jelas berhubung isu hudud yang hangat diperdebatkan.

NONE Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak mempersoalkan sikap senyap pemimpin terbabit walaupun perdebatan mengenai isu yang berkaitan dengan agama mereka, sedang diperkatakan di seluruh negara.

Rahmad (kiri) berkata pemimpin-pemimpin tersebut perlu secara terbuka menyatakan pendirian mereka kerana sebagai Melayu-Islam, masyarakat mahu tahu pendirian mereka tentang isu berkenaan.

Beliau bertanya apakah mereka berdiam diri kerana menjadi boneka atau mungkin sebenarnya tidak ada pemimpin Melayu dalam DAP

Jika mereka wujud, katanya, mereka mesti tahu bahawa "masyarakat Melayu Islam di Pulau Pinang sedang menunggu jawapan mereka"

Bagi isu-isu Melayu dan Islam, tambahnya, pemimpin-pemimpin tersebut tidak boleh hanya bergantung kepada ketua mereka - Ketua Menteri Lim Guan Eng - untuk bercakap bagi pihak mereka.

[Baca berita penuh]

ADS