Gaji minimum RM2,000, had pelepasan cukai individu naik ke RM12,000
Kerajaan akan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 berkuat kuasa Jun 2027, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen hari ini.
Katanya, lebih empat juta pekerja akan mendapat manfaat daripada kadar baru itu. Bagaimanapun, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan kurang daripada RM50 juta dikecualikan daripada langkah berkenaan.
Kerajaan turut bersetuju memperkenalkan gaji minimum RM2,500 sebulan sebagai kadar permulaan bagi pekerja separa mahir dan graduan.
Anwar turut menggesa majikan sektor swasta mencontohi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menaikkan penanda aras gaji kehidupan wajar daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan.
Peningkatan penanda aras itu memberi manfaat kepada kira-kira 230,000 pekerja. Menurut Anwar, beberapa majikan dalam sektor utama, termasuk perbankan serta minyak dan gas, sudah menetapkan kadar gaji yang lebih munasabah.
Sementara itu Anwar berkata had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010, dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.
Selain itu kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan.
“Banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18 peratus. Banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 dikurangkan kepada 24 peratus,” katanya.
Menteri Kewangan itu berkata, pelepasan cukai individu turut diperluas termasuk rawatan atau perkhidmatan penjagaan selepas bersalin, penjagaan ibu bapa yang diperlus kepada semua perbelanjaan penjagaan.
“Selain itu, peralatan sukan meliputi pembelian kasut sukan, yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak.
“Gaya hidup diperluas merangkumi langganan kecerdasan buatan (AI) serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar,” katanya.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/jaminankreditperumahan_269754.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.