Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Karpal mulakan prosiding fitnah terhadap Nasha

Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas timbalan presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

    

Sebuah akhbar melaporkan semalam bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

 Dalam reaksinya, Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.

    

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

    

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.

- Bernama

 1. Nasha tolak andaian akan sertai Umno

ADS