Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zunar adakan pameran solo
Diterbitkan:  Aug 27, 2012 12:16 PM
Dikemaskini: 7:16 AM

Kartunis terkenal Zunar mengumumkan akan akan mengadakan pameran kartun solo pertamanya di Shah Alam pada bulan depan.

Pameran antara 1 hingga 9 September di Galeri Shah Alam itu sekali gus menjadi pameran pertama seumpamanya di negara ini, selepas dua pameran di Bilbao, Sepanyol dan London.

NONE "Dengan pameran ini, diharapkan peminat dan orang ramai akan dapat melihat lukisan saya dengan lebih dekat dan memahami maksud dan mesej yang disampaikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 150 buah karya, kesemuanya mengenai senario politik tanah air yang dihasilkan dari tahun 1999 hingga kini akan dipamerkan daripada jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pameran itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

ADS