Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Rafizi Ramli, yang sedang berdepan dengan tindakan mahkamah atas peranannya sebagai pendedah maklumat berhubung dakwaan skandal terhadap National Feedlot Corporation, akan melancarkan penubuhan pusat pendedah maklumat, esok.

Ia akan dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (Now).

NONE Rafizi (kiri dalam gambar), yang merupakan pengarah eksekutif pusat tersebut, akan berucap di majlis pelancaran tersebut bersama dengan Bendahari Majlis Peguam, Steven Thiru dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Maszlee Malik.

Ketika dihubungi, Rafizi berkata, beliau akan menjelaskan berhubung rancangan masa depan mereka.

Membuat pendedahan, kata Rafizi, hanyalah sebahagian kecil daripada tugas pusat tersebut, manakala fokus yang lebih besar ialah terhadap pembaharuan perundangan dan pengawasan yang berkaitan dengan pendedahan maklumat.

Thiru pula dijangka bercakap mengenai aspek perundangan manakala Maszlee akan bercakap mengenai pendedahan maklumat dari perspektif Islam.

[Baca berita penuh]

1. Rafizi tubuh pusat pendedah maklumat

ADS