Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah besar Felda didakwa 'disingkir' ke Rom
Diterbitkan:  Aug 29, 2012 1:26 PM
Dikemaskini: 1:20 PM

Datuk Dzulkifli Abd Wahab kini "disingkirkan" sebagai pengarah besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani serta ditugaskan ke Rom, Itali, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Presiden NGO antipenyenaraian Felda itu Mazlan Aliman berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi semalam, lapor Harakahdaily .

NONE Perkara itu akan dimaklumkan kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebelum dibawa kepada perhatian perdana menteri, dakwa Mazlan ( kanan ) lagi.

November tahun lalu Dzulkifli ( kanan ) dilapor diarah bercuti dan mengikuti kursus pengurusan lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

ANAK bagaimanapun beranggapan tindakan itu ekoran beliau tidak disenangi kerana didakwa menentang usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika diminta mengesahkan dakwaan itu enggan mengulasnya dan minta ia dirujuk kepada Isa sendiri.

"Tak payah komenlah. Awak tanyalah Isa Samad hari ini," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.

Usaha mendapatkan komen Isa setakat ini masih belum berhasil.


Laporan tambahan oleh Zulaikha Zulkifli.

ADS