Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rogol statutori: Muslimat PAS bidas PM
Diterbitkan:  Aug 30, 2012 4:40 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Dewan Muslimat PAS membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berhubung keputusan mahkamah baru-baru ini dalam dua kes rogol statutori yang menurutnya "sangat malang kepada wanita Malaysia"

"Muslimat PAS pusat menegaskan perkembangan ini adalah suatu yang sangat malang kepada wanita Malaysia, apatah lagi di kala menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu sendiri diterajui oleh seorang perdana menteri.

walkout suhakam 120606 aiman athirah "Bahkan ia jelas suatu yang sangat memalukan seluruh kaum wanita dan institusi wanita di seluruh negara," kata Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Aiman menggesa Najib selaku menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat supaya menyatakan pendirian beliau terhadap isu tersebut.

"Apakah ini yang dimaksudkan oleh beliau yang juga selaku perdana menteri bahawa sejak 55 tahun telah meletakkan semangat “Maqasid Syariah”  dalam urus tadbir kerajaan BN selama ini?

"Sedangkan perkembangan terbaru ini jelas membuktikan yang sebaliknya?

"Di manakah ruh maqasid syariah itu dalam menjaga maruah insan (gadis bawah umur) dan seterusnya nasab keturunan manusia?" tambahnya.

[Baca berita penuh]

ADS