Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Kedah berehat di hospital kerana keletihan
Diterbitkan:  Aug 31, 2012 8:14 PM
Dikemaskini: 12:17 PM

Kedah Menteri Besar Azizan Abdul Razak kini sedang berehat di di hospital kerana keletihan, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa hari ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Azizan dirawat di Kedah Medical Centre di Alor Setar untuk pengawasan doktor dan pertama kali dimasukkan ke hospital pada 25 Ogos.

"Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau," kata Mustafa.

Katanya, doktor mendapati Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

"Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini dan mendapat pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting.

"Untuk itu, saya diberitahu menteri besar akan memanggil  mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia adakan di hospital.

"Sehubungan dengan itu, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini," tambah Mustafa yang menziarahi Azizan Razak semalam dan telah berbual dengan beliau dan juga berbincang dengan doktor yang merawatnya.

ADS