Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pelajar yang ditahan polis semalam kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri dan isteri minggu lalu masih belum didakwa di mahkamah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, sama ada pendakwaan akan dibuat atau tidak bergantung kepada siasatan lanjut dan bukti yang terkumpul.

NONE Pelajar kolej itu ditahan semalam dan dibebaskan malam tadi dengan jaminan selepas percakapannya dirakam.

Setakat ini, kata Ku ( kanan, berbaju belang ), sebanyak 172 laporan polis dibuat berhubung perkara itu dan siasatan masih berlangsung.

Beliau juga menggesa orang ramai membantu mengenalpasti sepuluh lagi individu yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden menunjukkan punggung itu.

[Berita penuh menyusul]

 

1. Polis siar foto minta bantuan orang ramai

ADS