Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ''syaitan yang dikenali'' seperti ditulis dalam blog bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong "syaitan" kerana mereka akan selamat sekiranya bersama "malaikat" yang dikiaskannya sebagai Pakatan Rakyat.

anwar ibrahim jelajah merdeka bus tour in seremban Berucap di hadapan seribu penyokong pembangkang di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata,

dengan kenyataan Dr Mahathir yang seolah-olah mengakui mereka merupakan ''syaitan'', beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini.

"Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat.

''Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telah pun mengaku bahawa mereka ini syaitan," sindir Anwar lagi.

Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi "'lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal".

[Baca berita penuh]

ADS