Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Demo jalanan, tunjuk punggung bukan budaya kita

Perdana menteri mengecam tindakan seorang pemuda yang menunjukkan punggung kepada posternya dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada 30 Ogos lalu sebagai tidak melambangkan jati diri seorang rakyat Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan itu dan demonstrasi jalanan tidak melambangkan nilai Malaysia dan tidak patut digalakkan.

NONE Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan tindakan itu, katanya merujuk kepada perhimpunan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur yang antaranya menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Dalam perhimpunan ambang merdeka itu, seorang pelajar melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggung ke arah gambar Najib dan Rosmah.

Berhubung insiden itu, pelajar tersebut telah disoal siasat dan dibuang oleh kolej tempatnya melanjutkan pelajaran.

[Baca berita penuh]

ADS