Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Enam agensi bincang isu Suaram pagi ini
Diterbitkan:  Sep 12, 2012 1:15 AM
Dikemaskini: 11:03 PM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersama lima agensi lain akan mengadakan perjumpaan bersama pagi ini bagi menentukan secara terperinci mengenai kedudukan bidangkuasa Suara Rakyat Malaysia (Suaram), kata  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    

Beliau berkata lima agensi yang terlibat adalah Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM).

    

Katanya, ROS telah mengesahkan semalam bahawa SUARAM merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.

    

"Jadi isu Suaram ini perlu dibincangkan bersama. Orang ramai di luar sana tidak boleh terus fokus kepada SSM seolah-olah ini salah mereka semata-mata," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SSM di ibunegara semalam.

Mesyuarat itu akan berlangsung di ibupejabat SSM.

    

Sebelum ini ROS mengeluarkan kenyataan bahawa Suaram tidak mengikuti Akta Pertubuhan 1966, di mana mereka perlu memenuhi keperluan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 yang meliputi alamat urusan, sekurang-kurangnya tujuh orang ahli (Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966), kutipan yuran ahli serta perlembagaannya.

    

Ismail Sabri berkata Akta Pertubuhan 1966 mempunyai mekanisme tersendiri untuk menangani isu ini.

    

"Bagi saya secara logiknya tentulah ada sesuatu yang boleh kita ambil tindakan kalau tidak, lebih baik tak payah kita register pertubuhan kita dengan Akta Pertubuhan 1966.

    

"Saya harap melalui perjumpaan dengan mereka nanti, akan ada pihak yang bertanggungjawab terhadap kes Suaram ini," katanya.

Sementara itu, ROS dalam slatu kenyataan semalam menegaskan bahawa Suaram  merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.

    

Menurut jabatan itu, rekod pendaftaran pertubuhan mendapati Suaram tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.

    

Menurut kenyataan itu lagi, untuk pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan 1966, Suaram perlu memenuhi keperluan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 yang meliputi alamat urusan, sekurang-kurangnya tujuh orang ahli (Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966), kutipan yuran ahli serta perlembagaannya.

    

Sebuah pertubuhan berdaftar perlu mengadakan mesyuarat agungnya dan mengemukakan penyata kewangannya dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat tersebut, menurut kenyataan itu.

    

Suaram menimbulkan isu apabila dikaitkan secara langsung dengan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), yang menerima sumbangan dana daripada pihak asing.

- Bernama

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

 

    

ADS