Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan anggota polis dan juga pegawai dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan tiba di pejabat Suaram pagi ini bagi mendapatkan maklumat berhubung kegiatan NGO tersebut.

Kakitangan Suaram bimbang kemunculan pegawai berkenaan bertujuan untuk menyerbu premis mereka dan bertindak menghalang pihak berkuasa itu daripada memasuki ruang pejabat tersebut.

NONE Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak membuat serbuan tetapi menyerahkan satu borang "Laporan Pemeriksaan Pertubuhan" kepada Suaram.

Borang berkenaan antara lainnya meminta NGO tersebut memberi maklumat berhubung kegiatan mereka.

Dalam satu catatan pada borang tersebut, Suaram antara lainnya menyatakan bahawa entiti berkenaan merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Harap maklum bahawa organisasi kami adalah sebuah syarikat sendirian berhad iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd.

NONE "Kami telahpun diperiksa oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia mulai 3 Julai 2012," kata pengarah eksekutif syarikat tersebut, E Nalini dalam borang tersebut.

Catatan tersebut ditulis di bahagian lampiran borang berkenaan, yang selebihnya dibiarkan kosong.

Pegawai berkenaan dilihat beredar pada kira-kira jam 12.30 tengahari selepas berbincang dengan seorang peguam, Latheefa Koya.

Mengulas mengenai operasi pihak berkuasa tersebut, seorang anggota sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel pula mendakwa tindakan ebrkenaan adalah satu "intimidasi" selepas menerima "arahan daripada pihak atasan".

NONE "Saya berharap kerajaan perlu menghentikan dengan segera (tindakan ini) dan berhenti mempergunakan agensi kerajaan untuk bertindak ke atas NGO hak asasi.

"Menyerang Suaram sama dengan menyerang pembela dan agenda hak asasi untuk seluruh negara," katanya.

Tambahnya, ia tidak menjejaskan tindakan NGO itu yang membawa isu komisen pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Sehubungan itu, Cynthia berkata pihaknya kini sedang menunggu pekembangan selanjutnya berhubung kes tersebut daripada peguam mereka di Perancis.

Sementara itu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan dalam kenyataannya kepada akhbar The Star berkata siasatannya ke atas Suaram dijalankan berasingan dengan siasatan SSM ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd.

NONE Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman dilaporkan berkata, mereka menyiasat Suaram kerana "beroperasi dengan tidak didaftarkan".

Jelasnya, NGO tersebut tidak melanggar Akta Pertubuhan 1966 sekiranya menjalankan operasi di bawah syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Namun, NGO berkenaan melanggar Seksyen 6(3) akta tersebut, berhubung pertubuhan tidak berdaftar, kerana menganjurkan acara dan forum dengan nama Suaram, katanya lagi seperti dilaporkan akhbar itu.

Sebelum itu, kehadiran pihak berkuasa tersebut ke premis berkenaan pada awalnya dimaklumkan seorang lagi peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri.

Kehadiran pihak berkuasa tersebut ke premis berkenaan pada awalnya dimaklumkan seorang lagi peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri.

"Kakitangan diberitahu bahawa polis dan pegawai Pendaftar Pertubuhan berada di sini untuk pemeriksaan, tapi kakitangan tidak membenarkan mereka masuk sehingga pengarah dan peguam tiba.

"Saya percaya mereka berada di sini untuk serbuan," kata Fadiah ketika dihubungi Malaysiakini .

ADS