Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cuepacs: Wujudkan semula MBJ peringkat persekutuan

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah pekerja.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, sebelum ini MBJ di peringkat persekutuan telah dimansuhkan oleh kerajaan tanpa memaklumkan kepada pihaknya.

NONE Menurut Omar, dengan ketiadaan MBJ di peringkat persekutuan, ia menyukarkan penyelesaian masalah pekerja di peringkat negeri.

"Sebelum ini, bila kita berbincang di peringkat negeri, kalau tak dapat selesai kita akan bawa ke peringkat persekutuan dan ketua pengarah akan berbincang bersama KSN (ketua setiausaha negara).

"Kesinambungan ini bagus. Tapi sekarang jika di negeri sahaja tak selesai, macam mana nak bawa ke persekutuan?

"Takkan kita hari-hari nak berpiket kalau masalah tak selesai," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama majlis tertinggi Cuepacs.

Jelasnya, MBJ merupakan sebuah medium dua hala yang ditubuhkan 20 tahun lalu dan berfungsi sebagai saluran komunikasi antara golongan pekerja dengan pihak pengurusan.

Majlis peringkat persekutuan dan negeri itu dijadikan platform bagi penjawat awam menyuarakan pendapat, masalah, pandangan serta menyumbang idea bernas demi kepentingan dan kebaikan mereka dan agensi terbabit, katanya.

  

Namun, pada 6 September lalu, pihak pengurusan Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan pemansuhannya tanpa menyatakan sebarang alasan, kata Omar.

Justeru, beliau berharap agar MBJ peringkat persekutuan diwujudkan semula kerana tidak semua masalah dapat diselesaikan di peringkat negeri, katanya lagi.

"Sistem ini sudah lama. Kesatuan yang besar perlu ada MBJ peringkat negeri dan persekutuan. Ia patut dikekalkan," kata Omar lagi.

"Di peringkat negeri, ada pengarah negeri yang tak boleh selesai masalah. Perlu pergi ke persekutuan juga," kata Omar. 

ADS