Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Suaram, ROS hantar notis siasatan pada si mati
Diterbitkan:  Oct 9, 2012 3:13 PM
Dikemaskini: 11:47 AM

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan notis mengarahkan beberapa anggota kanan NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), termasuk kepada seorang yang meninggal dunia dua tahun lalu, untuk memberi kenyataan pada hari Jumaat.

NONE Notis yang bertarikh semalam itu, mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah (CPC), telah dihantar ke pejabat peguam Suara Inisiatif Sdn Bhd, dan menamakan pengasas Suaram, Fan Yew Teng, serta pengasas bersama Mohd Nasir Hashim dan Pengarah Eksekutif Nalini Elumalai.

Fan meninggal dunia pada tahun 2010.

Nalini berkata menurut notis tersebut, ketiga-tiga mereka diminta hadir menemui pegawai penyiasat ROS, Ab Rahim Mohammad pada 12 Oktober untuk merekodkan kenyataan mereka di bawah Seksyen 112 CPC.

[Baca berita Penuh]

ADS