Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dokumen rasmi sewaktu pentadbiran kerajaan Pulau Pinang sebelumnya telah mendedahkan bahawa tidak ada rancangan untuk fasa II projek perumahan awam Taman Manggis, seperti yang didakwa oleh para pemimpin BN negeri, yang mendakwa ia secara rasmi diminitkan dalam satu mesyuarat Exco Negeri pada 2003.

penang lodge mcmc report against blogger 210910 ng wei aik Setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik (kanan), yang mengesahkan dokumen-dokumen tersebut, menggesa BN supaya

menunjukkan minit mesyuarat tahun 2003 itu jika mereka mahu terus menuduh kerajan negeri mengabaikan pembinaan rumah di Taman Manggis.

Beliau mendakwa,  sebaliknya, pada tahun 2002, pemimpin Umno tempatan bertegas supaya sebahagian atau keseluruhan plot 1.1 ekar itu dijadikan pusat penjaja - permintaan segera yang dinyatakan dalam surat rasmi  kepada Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Setiausaha Umno bahagian Tanjong ketika itu, Noor Rahim Abdul Wahab telah menghantar surat bantahan yang dialamatkan kepada Koh - kini seorang menteri persekutuan - menuntut disediakan pusat penjaja di tapak projek tersebut, kerana tiada rancangan untuk itu.

Menurut surat bertarikh 18 Februari 2002 itu, rancangan awal adalah untuk membina 19 gerai penjaja dalam Taman Manggis, di sepanjang Jalan Zainal Abidin, di mana terletaknya ibupejabat negeri Umno.

Tetapi Noor Rahim berkata beliau telah mendapat tahu bahawa pemaju telah memohon pengecualian daripada menyediakan pusat penjaja dengan alasan  tanah itu akan digunakan untuk membina kuarters kerajaan.

Dalam surat kepada Koh itu yang diterima pada 29 Februari 2002, Noor Rahim berkata, pihaknya membantah rancangan kerajaan negeri untuk tidak membina kemudahan untuk penjaja mengikut rancangan asalnya.

Menurut Noor Rahim, ia tidak mematuhi keputusan yang dibuat oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang setahun lalu (2001).

[Baca berita penuh]

ADS