Kedah bayar untuk baiki rumah tak wujud

Kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan tiga buah rumah kos rendah yang tidak wujud, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

NONEIa antara masalah yang dikenal pasti dalam projek program perumahan melibatkan 12,749 unit di 79 program perumahan.

Semakan secara rawak mendapati pembayaran dibuat sebanyak RM29,800 untuk tiga unit berasingan.

"Rumah tidak wujud memandangkan blok tersebut hanya mempunyai 4 tingkat dan nombor rumah terakhir ialah F-4-20," laporan itu dipetik.

Bayaran sebanyak juga dibuat RM14,740 untuk kerja-kerja pembaikan yang tidak siap.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.