Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda BN cabar k'jaan P Pinang terus syarat baru beli tanah

Pemuda BN mencabar kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meneruskan syarat baharu yang ditetapkan kepada BN dalam urusan pembelian tanah Taman Manggis kepada mana-mana pihak yang berminat membeli tanah di negeri ini pada masa hadapan.

Ketua Pemuda BN Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri Pulau Pinang telah menetapkan syarat baru itu kepada BN dengan mewajibkan membuat bayaran penuh ke atas baki RM22 juta dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian tanah seluas 0.445 hektar yang dibuat pada 3 Oktber lepas.

"Kami telah terima surat daripada kerajaan negeri pada 5 Oktober dengan syarat yang baru itu selepas urusan kita beli tanah, tetapi kita tetap mahu ikut perundangan dan peraturan seperti sebelum ini.

"Jika kerajaan negeri bertegas tetapkan syarat baru kepada BN, maka syarat yang sama juga mesti ditetapkan kepada semua pihak yang mahu membeli tanah bagi menunjukkan kerajaan negeri adil dan bukan sengaja menyusahkan BN dan rakyat miskin Pulau Pinang," katanya dalam sidang media di George Town hari ini.

Pada 3 Oktober lepas Pemuda BN menyerahkan wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu bayaran sebanyak satu peratus daripada harga keseluruhan tanah sebagai tanda setuju di atas tawaran yang diberikan kerajaan negeri.  

Tanah di Taman Manggis sepatutnya dicadangkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua bagaimanapun kerajaan DAP negeri telah menjualnya kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.

Selain itu, Oh turut menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dianggapnya angkuh kerana mendakwa urusan jual beli tanah milikan kerajaan negeri tidak perlu diadakan perbincangan atau mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau exco.

Beliau berkata sekiranya ketua menteri seorang sahaja yang boleh membuat keputusan secara sesuka hati ini akan mengakibatkan penyalahgunaan kuasa.

- Bernama

 

 

ADS