Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa Singapura berhubung sepasang kekasih yang memuatkan gambar erotik mereka dalam blog yang dikesan media negara jiran itu.

Menurutnya, yang juga ahli parlimen Jelebu itu berkata persoalan yang melibatkan undang-undang mesti dipisahkan dengan perkara yang menyentuh nilai sosial dalam masyarakat.

Bahkan, pihaknya juga tidak akan menggunakan peruntukan seksyen 233 dan 263 Akta Telekomunikasi dan Multimedia sehingga mengetahui hasil keputusan tindakan lanjut pihak berkuasa Singapura.

"Kami tidak akan menggunakannya sehingga atau sekurang-kurangnya kami mendapat keputusan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa... Kami mahu melihat tindakan lanjut oleh pihak Singapura terlebih dahulu," katanya.

Rais mengulas laporan tindakan Vivian Lee dan teman lelakinya, Alvin Tan Jye Yee, yang mencetuskan kontroversi di alam siber apabila memuat naik gambar kehidupan seksual mereka di blog Sumptuous Erotica dan dikesan media Singapura.

Alvin, 24, adalah pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian undang-undang Univerisiti Nasional Singapura (NUS). Vivian, 23, pula dilapor mempertahan tindakan mereka dengan menyatakan ia karya seni dan mahu berkongsi dengan dunia.

ADS