Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Malaysia tidak berada di ambang muflis walaupun jumlah hutang negara terus naik sehingga mewakili 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong.

Katanya, pihak dalam bidang ekonomi dan kewangan pasti tahu bahawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan apabila mempunyai belanjawan fiskal defisit untuk memacu pembangunan ekonomi selagi ia dalam paras terkawal.

NONE Menggunakan teori Keynesian, Wee berkata, ketika kemelesetan atau kelembapan ekonomi negara lain, belanjawan defisit boleh digunakan untuk meningkatkan permintaan dalam negara melalui pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

"Kerajaan kita melaksanakan polisi ekonomi berdasarkan teori Keynesian. Belanjawan desifit bukan perkara baru.

"Ia bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah," katanya dalam ucapan pembukaan dalam Mesyuarat Agung Pemuda MCA di ibu negara hari ini.

Wee berkata, walaupun Pakatan Rakyat mendakwa Malaysia menuju muflis, mereka gagal menyebut bahawa hutang Jepun sebanyak 211peratus daripada KDNK negara itu, Singapura 118 peratus, United Kingdom 85 peratus, Jerman 81 peratus dan Amerika Syarikat 67 peratus. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Wee sebagai membidas pembangkang yang didakwa sengaja memutarbelitkan situasi ekonomi negara untuk mengelirukan rakyat.

Malah, Wee berkata jika dibuat perbandingan secara objektif, keseluruhan kekuatan ekonomi negara masih dalam keadaan sihat dan boleh dibanggakan berbanding negara-negara lain.

"Defisit bajet negara juga telah menurun secara beransur sejak lebih 10 tahun, dan pada bajet 2013, ia juga telah menurun daripada 4.5 peratus setahun dahulu kepada empat peratus," beliau dipetik sebagai berkata.

Agensi berita nasional juga melaporkan,Wee sebagai berkata, kerajaan tidak pernah meminjam untuk membayar gaji kakitangan, sebaliknya hanya untuk pembangunan.

"Mereka yang berniaga akan tahu, asalkan bukan untuk hidup mewah, pinjaman sederhana untuk kembangkan perniagaan adalah strategi perniagaan yang betul," katanya.

ADS