Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GERAKAN: AES 'banyak kecacatan', perlu kaji semula
Diterbitkan:  Nov 2, 2012 11:56 AM
Dikemaskini: 4:00 AM

Parti GERAKAN menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menjalankan kajian lanjut memandangkan banyak aduan diterima daripada masyarakat.

Seorang pengerusi biro parti itu, Cheah Soon Hai berkata, sistem yang mengalami "banyak kecacatan" itu tidak harus dilaksanakan tergesa-gesa walaupun sistem berkenaan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Tambahnya, keputusan kerajaan untuk terus melaksanakan sistem berkenaan merupakan langkah "tidak popular" dan menyebabkan begitu banyak aduan daripada orang ramai.

Malah, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat juga memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem berkenaan.

“GERAKAN sendiri menerima begitu banyak aduan daripada orang ramai apabila mereka dikenakan saman

“Saya gesa menteri pengangkutan supaya menjalankan penilaian semuka ke atas AIS kerana ada banyak kecacatan dikesan di dalam sistem itu.

"Walaupun ia berniat baik untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, ia tidak harus dilaksanakan tergesa-gesa," katanya dalam satu kenyataan.

ADS