Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyebaran ajaran Al-Arqam terkawal, kata menteri

Masyarakat Islam di negara ini diminta supaya berhati-hati dengan pelbagai bentuk penyebaran ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah.

Ketika membuat gesaan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam wajar merujuk Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa lain di negeri masing-masing sebelum mengikuti sesuatu gerakan ajaran agama.

"Saya nasihatkan masyarakat umum berhati-hati dengan pelbagai pendekatan ajaran agama yang mungkin menyimpang daripada Islam," katanya kepada pemberita pada majlis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Bersama Media 2012 di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau mengulas laporan media berhubung cubaan menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam yang menyaksikan serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap sebuah konsert sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas  Al-Arqam, Ashaari Muhammad, di Rawang pada Khamis malam.

Jamil Khir menegaskan penyebaran ajaran sesat termasuk Al-Arqam di negara ini masih berada pada tahap terkawal dan Jakim sentiasa membuat pemantauan.

Beliau meminta pihak berkuasa agama Islam di peringkat negeri supaya  memainkan peranan dalam membanteras penyebaran ajaran sesat dalam kalangan umat Islam di negara ini.

- Bernama

ADS