'Nurul boleh dituduh menghina Islam'

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar boleh dituduh menghina Islam sekiranya beliau sememangnya membuat kenyataan menggalakkan umat Islam meninggalkan Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

NONEMenjawab pertanyaan Datuk Mohamed Aziz (BN-Gading) sewaktu sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Mashitah berkata setakat ini tiada peruntukan undang-undang sebegitu untuk menahan Muslim yang menggalakkan orang Islam lain murtad.

"Enakmen kita sebut, kalau seorang bukan Islam, dakyah (orang) Islam keluar Islam, maka ada enakmen kawalan pengembangan agama.

"Tapi yang wujud hari ini, bukan orang bukan Islam mengajak keluar dari Islam, tapi orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapa mendidik dan mewariskan agama Islam pada anak.

"Setakat ini tiada peruntukan sebegitu, tapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina," katanya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.