Nurul Izzah buat aduan pada JAIS esok
Diterbitkan: Nov 8, 2012 2:51 PM | Dikemas kini: Nov 9, 2012 10:11 AM
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap apa yang didakwanya tuduhan salah yang dibuat terhadapnya berhubung isu murtad.
Ahli parlimen Lembah Pantai itu berkata beliau akan membuat aduan tersebut kepada pengarah JAIS pada jam 11 pagi esok.
Katanya, beliau akan membuat aduan itu kerana tuduhan itu dibuat (terhadapnya) berdasarkan laporan Utusan Malaysia, dan bukan apa yang sebenarnya beliau kata. Transkrip Q & A Nurul Izzah di forum
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.