Lynas akan mula proses nadir bumi bulan depan

Lynas Corp menjangka memulakan pemprosesan nadir bumi dari kilangnya di Malaysia bulan depan walaupun berdepan dengan bantahan aktivis alam sekitar yang bimbang kesan bahayanya terhadap kesihatan, kata syarikat itu hari ini.

Kilang itu sepatutnya sudah hampir di peringkat pengeluaran penuh bahan tersebut yang digunakan dalam pelbagai produk berteknologi tinggi - daripada telefon bimbit hingga pembuatan senjata canggih - pada pertengahan tahun depan, demikian menurut Pengerusi Lynas, Nick Curtis, lapor Reuters.

NONEPenetapan jadual itu menaikkan harga saham Lynas - yang telah terjejas oleh kebimbangan loji itu akan semakin lewat memulakan operasinya - lebih 8 peratus kepada A $ 0.69 (RM2.20).

Aktivis yang dikaitkan dengan kumpulan Save Malaysia Stop Lynas mengadakan protes semasa mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Sydney hari ini berikutan keputusan mahkamah Malaysia menarik balik penggantungan lesen operasi sementara untuk loji tersebut.

"Menjelang separuh kedua kalendar 2013, kami menjangka akan mencapai kapasiti pengeluaran penuh dan mempunyai perniagaan yang mempunyai potensi untuk menghasilkan pendapatan yang mampan dan boleh diramal,"  Curtis memberitahu mesyuarat itu.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.