Penganjur perarakan anti-Lynas terharu dipeluk rakan

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tak, berkata hatinya tersentuh apabila dipeluk rakan-rakannya yang memberi sokongan moral semasa perarakan Himpunan Hijau tiba di Karak, Pahang semalam.

NONE"Saya berjumpa dengan kawan-kawan saya. Mereka datang memberi pelukan kepada saya.

"Saya balik kampung dan apa yang menggembirakan saya apabila saya bertemu kawan-kawan yang di kawasan yang saya dibesarkan," katanya ketika ditemui di sebuh tokong Cina di Karak semalam.

Beliau berkata sewaktu perjalanan perarakan jalan kaki itu melalui kawasan Karak, ada di kalangan rakan-rakannya yang menghentikan kenderaan dan memeluknya.

NONEWong Tack (kanan) berkata tindakan rakan-rakannya itu menyebabkan beliau berasa terharu sehingga air matanya berlinangan.

Menurutnya lagi, orang ramai turut memberi sokongan di sepanjang perarakan jalan kaki itu yang bertujuan menyampaikan desakan kepada kerajaan supaya tidak membenarkan loji nadir bumi Lynas beroperasi.

Wong, 53, mengakui ahli keluarganya di Sabah bimbang dengan keselamatannya ketika beliau menyertai kumpulan perarakan kumpulan Himpunan Hijau yang menuju Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, peserta Himpunan Hijau itu tetap berjaya menyempurnakan jalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa selama 12 hari.

NONEMencerita pengalamannya di Lanchang, Wong berkata ia merupakan kali pertama beliau bermalam di perkampungan Melayu sejurus tiba dari Mentakab kelmarin.

"Saya tinggal bersama mereka (orang kampung di perkampungan Melayu)... Saya juga mendapat tidur yang cukup. Saya tidur beberapa jam," katanya sambil menambah perjalanan mereka ke Karak masuk hari yang ketujuh.

Wong mengakui perjalanan mereka yang penuh dengan cabaran dan rintangan termasuk cuaca hujan dan panas tetapi peserta yang mengambil bahagian hanya mengalami sakit-sakit otot sahaja.

"Bagaimanapun, mereka faham perhimpunan ini bertujuan untuk membangkitkan tanggungjawab (tentang alam sekitar)... Kira-kira 180km telah kita lalui. Kita sudah bersemangat untuk meneruskan perjalanan," katanya.

NONEBagaimanapun, Wong bimbang mengenai keselamatan perjalanan mereka hari ini ke Bentong, sejauh 22km kerana mereka terpaksa melalui lebuh raya yang sibuk dan tiada jalan lain untuk menuju ke destinasi itu.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Zamri Zanal (kiri), 24,  teruja dengan perhimpunan tersebut walaupun hanya letih dan sakit-sakit otot sepanjang perjalanan itu dan penganjur sentiasa mengambil berat tentang keadaan dirinya.

Menurutnya, beliau adalah satu-satunya peserta Melayu yang terlibat sejak dari awal perjalanan pada 13 November lalu bermula di Kuantan.

"Saya memohon cuti selama dua minggu. Bos saya tahu dan memberi sokongan kepada saya.

azlan"Keluarga saya tidak ada masalah. Keluarga menyokong apa yang saya lakukan," katanya yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai.

"Saya tidak terasing dan keseorangan. Sepanjang perjalanan, ramai yang memberi sokongan, membunyikan hon kereta," katanya.

Zamri yang juga aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata pertanyaan orang ramai  mengapa mereka sanggup berjalan ke Kuala Lumpur membuktikan akan "sesuatu yang tidak kena" kepada kilang Lynas.

"Mereka merasai sendiri ada sesuatu yang tidak kena dari Lynas... Mereka nampak teruja (dengan tindakan kami)," katanya sambil menambah bahawa beliau mahu menunjukkan komited menolak Lynas sekalipun mahkamah membenar Lynas beroperasi.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.