Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pendandan disaman kerana gunting rambut lelaki
Diterbitkan:  Nov 22, 2012 4:58 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Seorang pendandan rambut di sebuah salun di Kota Baru disaman oleh majlis perbandaran berkenaan kerana menggunting rambut seorang pelanggan lelaki.

Setiausaha majlis perbandaran itu berkata, perkhidmatan dandanan rambut uniseks diharamkan di salun yang terletak di bandar tersebut.

NONE Laporan Sin Chew Daily menyebut, insiden berkenaan dialami Wong Lee Teng, seorang pendandan rambut di sebuah salun yang terletak di pusat membeli-belah KB Mall.

Wong dilaporkan berkata, penguatkuasa majlis perbandaran yang berpakaian preman tiba-tiba muncul pada sekitar jam 9 pada Selasa malam ketika beliau sedang mengerjakan rambut seorang lelaki, dan mengeluarkan saman ke atasnya kerana menggunting rambut pelanggan berlainan jantina.

Beliau mendakwa, seorang saudara lelakinya, yang juga seorang pendandan rambut, juga diharamkan daripada memberi perkhidmatan kepada pelanggan wanita – yang menjejaskan komisyennya.

Beliau mendakwa, saudaranya itu terpaksa meninggalkan Kota Bharu dua bulan lalu untuk bekerja di Johor.

[Baca berita penuh]

ADS