Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ng kata tanah murah dibeli BN kini bernilai RM300j

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan menyemak semula nilai 24 keping tanah di Selangor yang didakwa dijual murah kepada parti komponen BN - daripada RM20 juta kepada RM300 juta.

Beliau sebelum ini mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pada harga RM1 kakipersegi atau lebih RM1.4 juta kepada parti komponen BN antara 1999 hingga 2008, walaupun harga pasarannya sekurang-kurangnya RM20 juta.

"Izinkan saya buat pembetulan di sini. Tempoh hari saya anggarkan skandal Sapu Tanah 1Malaysia ini RM20 juta.

"Tetapi setelah saya teliti dengan harga pasaran antara RM300 ke RM400 sekaki persegi, paling kurang kalau RM200 kaki persegi, anggarannya tidak kurang daripada RM300 juta," katanya.

ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei kemudian bangkit mencelah dan cuba mengusik Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman dengan mencadang agar istilah 'Sapu Tanah 1Malaysia' disingkatkan kepada 'SAT1M'.

"Saya dengan rasminya menukar nama skandal sapu tanah ini kepada

'SAT1M' - Sapu Tanah 1Malaysia," kata Ng menyambut usikan Shuhaimi.

Jenaka Ng bagaimanapun tidak disenangi ADUN Dusun Tua dari BN, Ismail Sani.

Beliau menggesa Ng agar tidak membesar-besarkan perkara itu.

"Di Malaysia ini sesiapa sahaja layak membeli tanah, komunis pun kita

bagi tanah.

"Saya mohon supaya perkara ini tidak dibesar-besarkan," katanya.

 

 

 

ADS