Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pemantau bebas, mengapa M'sia begitu gelabah?'
Diterbitkan:  Nov 24, 2012 7:08 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Senator bebas Australia, Nick Xenophon menganggap sebagai munasabah permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pemerhati bebas dari rantau itu bagi memantau perjalanan pilihan raya Malaysia.

nick xenophon 290412 Xenophon (kanan), yang berasal dari Australia Selatan menganggap

media Malaysia melaporkan bahawa Australia memohon untuk campurtangan dalam pilihan raya Malaysia sebagai penyampaian yang salah, direka dan memutarbelitkan kedudukan sebenar.

"Mengapa kerajaan Malaysia begitu mengelabah mengenai permintaan munasabah Anwar untuk pemerhati bebas dari rantau itu.

"Apa yang Anwar minta ialah pilihan raya di Malaysia yang bebas, adil dan bersih dan Australia - sebagai jiran dan rakan Malaysia - memainkan peranan jika diminta," katanya dalam satu kenyataan.

Xenophon (kanan) menyerahkan surat peribadi Anwar kepada Menteri Luar Australia Bob Carr minggu lepas.

Beliau berkata tidak ada apa dalam permintaan kepada Carr itu yang boleh ditafsirkan sebagai campurtangan oleh negara dalam hal ehwal negara lain.

[Baca berita penuh]

ADS