Speaker halang, taklimat Scorpene di Singapura esok

Taklimat kes Scorpene untuk ahli Parlimen yang diusahakan Pakatan Rakyat akhirnya akan diadakan di negara jiran Singapura pada jam 12 tengahari esok.
 
NONENaib Presiden PKR Tian Chua berkata keputusan itu diambil kerana Speaker Dewan Rakyat enggan memberikan kebenaran untuk taklimat di Parlimen, antaranya dengan alasan bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).
 
Justeru, sesi taklimat itu akan dibuat di Hotel Changi Village, Singapura selama dua jam oleh rakan kongsi William Bourdon, Apoline Cagnate, tambah ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang turut serta dalam sidang media.

Tian dan Sivarasa dalam sidang media itu turut mengedarkan surat daripada Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak permohonan daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat berkenaan.

Pandikar Amin memberikan alasan, isu Scorpene itu merupakan "perkara yang masih lagi dalam siasatan serta pertimbangan pihak berkuasa berkenaan".

military malaysia navy french built submarine scorpene classDalam surat tersebut, beliau turut menyatakan bahawa BNBBC membuat bantahan "demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara dan juga agar tidak dilibatkan perkara seumpama ini demi keharmonian dan kesejahteraan negara".

Suratnya itu turut menjelaskan kepada MP PKR Machang Saifuddin Nasution bahawa penjelasan ke atas kes berkenaan masih dianggap sebagai tuduhan.

"Kalau pun seperti dijelaskan YB Machang ada bukti-bukti terbaru yang perlu diperjelaskan kepada mana-mana pihak khasnya ahli parlimen, pada hemat saya ia masih juga berstatus tuduhan, bersifat dan berunsur politik yang bukan bipartisan," surat itu dipetik.

NONEMenurut Tian Chua, beliau sebelum ini meminta komitmen Kementerian Dalam Negeri agar dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa halangan.

Katanya, beliau kemudiannya mendapat jawapan daripada Jabatan Imigresen bahawa peguam itu akan tetap tertakluk kepada undang-undang imigresen Malaysia.

"Kita juga tulis surat kepada menteri dalam negeri supaya dapat jaminan peguam Perancis boleh masuk dan beri taklimat.

"Menteri dalam negeri tidak ingin menjamin keselamatan kemasukan peguam Perancis," katanya.

Beliau juga merancang untuk membuat siaran langsung sesi taklimat berkenaan, esok.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.