K'tan - Dewan Perniagaan Cina runding isu salun

Anggota exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri akan bertemu wakil Dewan Perniagaan Cina Kelantan bagi membincangkan mengenai peraturan yang dikenakan ke atas pengusaha salun uniseks di Kota Bharu.

Pertemuan di Kota Darulnaim hari ini akan turut disertai Gabungan-gabungan Persatuan Tionghua, kata Takiyuddin lagi seperti dipetik laman Harakahdaily.

“Pertemuan itu bertujuan memberi penjelasan berhubung keadaan sebenar mengenai peruntukan undang-undang salon uniseks di Kelantan.

“Kita juga akan mendengar pandangan diutara pihak berkenaan untuk dibawa kepada kerajaan bagi dibincang lebih lanjut,” tambahnya seperti dipetik dalam laporan laman itu.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.